14/6/2009: Thanks to saudari Kesten yang bagi idea, kami semua bergerak ke Bottrop, sebuah bandar kecil yang terletak berdekatan dengan Essen untuk mengunjungi taman tema yang dikenali sebagai Moviepark. Taman tersebut ala2 macam taman tema kat Genting. Memandangkan tempat tersebut agak jauh dari Köln, maka kami membuat keputusan untuk bertolak dari Köln Hauptbahnhhof seawal jam 10 pagi. Tetapi perjalanan menaiki tren S-Bahn yang berhenti di banyak stesen telah memakan masa sampai 2 jam, sehingga membazir masa kami. Tapi tak mengapa, jadikan ini sebagai pengajaran ye Cik Kesten. :-) Senior Ahmad & Senior Kamil yang bermalam di rumah kami pada malam sebelumnya turut menyertai perjalanan kami ke Bottrop.
Ahmad rembat body spray aku.. :P
At Hauptbahnhof Essen..
Main sorok2 ke? Kuang ajaq! Kencing bersepah!
Kami tiba di Bottrop pada pukul 1. Berkat usaha bertanya dengan akak di kaunter menggunakan bahasa Jerman yang berterabur, akhirnya kami berjaya memdapat discount rate untuk student. Kami dapat masuk dengan harga yang lebih rendah berbanding harga biasa. Sampai di sana kami terus solat (solat kat tepi2 jalan je), dan selepas itu terus enjoy dengan permainan yang ada di sana.
Posing bajet cam rock band.. Haha! Masing2 basah lepas naik bot! Padan muke! :P Huhu.. Fadhilah bace doa, Kesten.. Entah, tak chuak ke naik mnde nie? Ntah aper2 ntah.. Dah malam.. Penat.. Nak balik..
P/S: Sesungguhnya aku berasa agak sengal bertutur menggunakan bahasa baku dalam blog ini.. Skema giler.. Isk3..