Friday, May 29, 2009

Lesen..

'Lesen' yang dimaksudkan di sini bukanlah lesen memandu atau lesen menunggang motosikal mahupun lesen terbang.. 'Lesen' ialah kata kerja dalam bahasa Jerman yang bermaksud 'baca'. Baru2 ini minat membaca tiba2 timbul dalam diri aku. Sebelum nie memang tak minat langsung nak baca buku. Buku sastera BM masa sekolah menengah pun tak pernah habis baca.. Huhu.. Memang tak minat langsung la baca buku. Tetapi mungkin kerana di Jerman nie, demand penggunaan bahasa Jerman amat tinggi, and terasa diri ini masih lagi kurang fasih berbahasa Jerman. Maka dari situlah timbulnya kesedaran untuk mengamalkan sifat membaca. Di sini aku nak share serba sedikit tentang cara2 aku mula dengan habit membaca. Ini antara bahan2 bacaan yang menjadi bacaan setiap hari:

Süddeutsche Zeitung

Frankfurter Allgemeine
Antara buku yang telah berjaya selesai dibaca:

Todes Spiel von R. Scott Reiss, 397 Seiten

Die Offensive von Matthew Reilly, 547 Seiten

Dan buku2 ini berada dalam 'to-read list':

Black Monday von R. Scott Reiss

Tom Clancy's Splinter Cell: Schachtmatt von Tom Clancy & David Michaels

Novel2 yang berunsur Islam juga turut menjadi pilihan. Sesungguhnya yang paling penting adalah ilmu yang boleh mendekatkan kita kepada Allah S.W.T yang Maha Kuasa. Antara novel2 yang dibaca ialah 'Bila Cinta Bertasbih' & 'Dalam Mihrab Cinta' Dan kitab yang paling penting dan tidak harus dilupakan adalah kitab Kalamullah, Kitab Al-Quran. InsyaAllah, segala ilmu yang diperolehi akan dijadikan pedoman dan panduan hidup.

Firman Allah S.W.T: ”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang Mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”. (Surah al-Alaq: 1-5)

”Apabila mati seseorang anak adam itu, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang selalu mendoakan kepadanya '.( Hadis Riwayat Muslim )

Jom baca buku!! :-)

3 comments:

Ahmad bin Ariffin said...

waa dah habis byk novel2 jerman..aku ni paper pun haram nak sentuh..isk3. betul tu, yg plg penting kena baca quran =)

Babaroga said...

hahah i read one geschwindigleit des dunkles. really damn nice. kalau nak pinjam, let me know. xjumpe dah novel2 psychology :(. the sigmund freud book i bought in london was ok ok, but xsehebat geschwindigkeit des dunkles.

NaZMi said...

buku psychology? bku psl pe tu? cmne manusia berfikir eh? huhuhu.. gempak! aku skrg nie lyn novel2 thriller.. tembak2 bunuh2.. violent seyh aku.. aisey.. =.='

Post a Comment